Budak Setinggan Jalan Klang Lama: Romli Rock

Oleh: Rimanilzah Tidak jauh dari rumah kami di Kampung Sentosa Sepakat, selang empat buah rumah ialah rumah Pak Tan, mentua Romli Rock. Sepelaung saja, kata orang dulu-dulu. Saya juga kenal isterinya, Anim tetapi kami tidaklah begitu rapat. Saya kenal gitu-gitu saja walaupun kami sebaya. Adik-beradik saya yang lain lebih rapat dengan Romli dan Anim. Kelas... Continue Reading →

Kecemerlangan Akademik Penentu Kejayaan

Oleh: Bukhari bin Ismail Pengukuran pencapaian akademik menerusi ujian atau peperiksaan berbeza namanya mengikut tahap persekolahan atau pendidikan. Di Malaysia, pada peringkat persekolahan diwujudkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selepas itu, ujian dan peperiksaan turut diadakan pada peringkat institusi pendidikan yang... Continue Reading →

Bertemu Perempuan Bermata Biru di Pinggir Terusan Amsterdam

oleh Nik Mohd Iznan   “Jangan risau, saya bukan pengganas!” Itu kata-kata pertama yang terluncur di bibir engkau. Aku memerhati mata engkau yang berwarna biru persis permata fluorit. Kita bertemu dalam rona kota Amsterdam yang berwarna-warni. Ketika itu, pelancong berpusu-pusu melihat keindahan warisan senibina Belanda yang unik. Engkau menegur ketika aku dibuai gelisah di sebuah... Continue Reading →

Ala Emak, Kahwinkan Aku!

Tahir mundar-mandir dalam bilik. Dari muka pintu ke jendela. Dari depan cermin ke bucu katil. Dari meja solek ke tiang kelambu. Setiap sudut bilik dijelajahinya. Seperti orang ukur jalan.   Tapi sampai senja belum dia temui jawapan kepada soalan Maryam malam tadi lewat WhatsApp: “tuksedo Abang bila nak tempah?”   Kalaulah Maryam tahu bakal mentuanya... Continue Reading →

Segenggam Bara

I Kepala Zain masih kuat berdenyut. Benjolan di atas mata kirinya juga masih terasa sakit walau sudah dibebat kain. Calar-balar di lengan, siku hingga ke betis masih belum bertukar parut. Sengal badannya usah cakaplah, hendak menggerakkan bahu ke belakang pun menyakitkan. Teruk juga dia dan Jimi dikerjakan kelmarin. Dia berasa mahu satu badannya diurut untuk... Continue Reading →

kencana di air putih

:: fayyad sedikit pesan buat pedoman: lautan terbentang di luar sana karang dan ombak tempuhi usah bimbang badai melanda sauh diangkat layar dikembang tiada gentar menghadap samudera. awan membiru di atas sana angin dan hujan harungi usah ragu taufan menyerang berlari ke langit petiklah bintang segala merintangi halang dan terjang. dunia semakin ruwet, cucunda semakin... Continue Reading →

Budak Setinggan Jalan Klang Lama: Salah

Masa ambil keputusan SPM. Saya simpan rambut agak panjang. Hendak show off kepada cikgu-cikgu. Saya pakai baju tee yang dibeli di 2nd Chance,Kompleks Pertama. Seluar slim fit saya tempah di Tukang Jahit Cretel di Kompleks Pertama juga. Kasut Nike, minta tolong seorang brader yang bekerja sebagai buruh di Singapura belikan di sana. Waktu itu barang-barang... Continue Reading →

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑