Kecemerlangan Akademik Penentu Kejayaan

Oleh: Bukhari bin Ismail Pengukuran pencapaian akademik menerusi ujian atau peperiksaan berbeza namanya mengikut tahap persekolahan atau pendidikan. Di Malaysia, pada peringkat persekolahan diwujudkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selepas itu, ujian dan peperiksaan turut diadakan pada peringkat institusi pendidikan yang... Continue Reading →

Bertemu Perempuan Bermata Biru di Pinggir Terusan Amsterdam

oleh Nik Mohd Iznan   “Jangan risau, saya bukan pengganas!” Itu kata-kata pertama yang terluncur di bibir engkau. Aku memerhati mata engkau yang berwarna biru persis permata fluorit. Kita bertemu dalam rona kota Amsterdam yang berwarna-warni. Ketika itu, pelancong berpusu-pusu melihat keindahan warisan senibina Belanda yang unik. Engkau menegur ketika aku dibuai gelisah di sebuah... Continue Reading →

Ala Emak, Kahwinkan Aku!

Tahir mundar-mandir dalam bilik. Dari muka pintu ke jendela. Dari depan cermin ke bucu katil. Dari meja solek ke tiang kelambu. Setiap sudut bilik dijelajahinya. Seperti orang ukur jalan.   Tapi sampai senja belum dia temui jawapan kepada soalan Maryam malam tadi lewat WhatsApp: “tuksedo Abang bila nak tempah?”   Kalaulah Maryam tahu bakal mentuanya... Continue Reading →

Segenggam Bara

I Kepala Zain masih kuat berdenyut. Benjolan di atas mata kirinya juga masih terasa sakit walau sudah dibebat kain. Calar-balar di lengan, siku hingga ke betis masih belum bertukar parut. Sengal badannya usah cakaplah, hendak menggerakkan bahu ke belakang pun menyakitkan. Teruk juga dia dan Jimi dikerjakan kelmarin. Dia berasa mahu satu badannya diurut untuk... Continue Reading →

Undi Rosak, Al-Arqam, dan Tora Datang Lagi

Kalaulah masyarakat kita sudah keluar dari orientasi politik kepartian secara tuntas, maka mungkin gerakan #UndiRosak itu boleh dipertimbangkan untuk diperjuangkan. Sayangnya, kita masih jauh dari kedudukan masyarakat madani (civil society) sebegitu yang memungkinkan kita berlepas diri dari parti-parti politik sebaliknya mempunyai kuasa sendiri untuk menentukan sebarang keputusan penting dalam negara ini. Namakan satu kuasa ketiga... Continue Reading →

Selamat Tinggal Ampang Park.

Mungkin tulisan ini agak terlalu awal untuk bercerita tentang Ampang Park. Mungkin juga lebih sesuai dipaparkan selepas keruntuhan Ampang Park. Mungkin tidak akan pernah relevan sampai bila bila. Tulisan ini memang mungkin tidak akan memberi sebarang impak terhadap apa apa jua keputusan yang telah termeterai. Apatah lagi mahu memungkinkan sebarang harapan buat sebuah bangunan bernama... Continue Reading →

Budak Setinggan Jalan Klang Lama: Zaman Bas Mini

Oleh: Rimanilzah Zaman bas mini ialah zaman kenangan. Masuk berhimpit-himpit. Kadang-kadang terhimpit yang lembut. Kadang-kadang terhimpit yang keras. Huh! Bau macam-macam. Konduktor pun macam-macam ragam. Yang garang. Yang lucu. Ada satu dialog abang konduktor bas mini 12. "7masuk. Masuk sampai dapur. Jangan malu-malu." Kadang-kadang katanya, "Masuk-masuk. Tak payah bukak kasut." Seorang konduktor bas perempuan (yang... Continue Reading →

Budak Setinggan Jalan Klang Lama: Kenduri Kahwin di Dewan UMNO

Oleh: Rimanilzah Dulu. Tahun 80-an dan 90-an. Walaupun kami tinggal di Kuala Lumpur, semangat kerjasama adalah seperti di kampung. Malahan sewaktu semangat gotong-royong semakin terhakis di kampung, kami masih mengamalkannya. Kerjasama ini terserlah waktu kenduri-kendara majlis perkahwinan. Zaman ini tak ada katering lagi. Kenduri-kendara dijalankan secara gotong-royong. Pinggan mangkuk, periuk belanga disediakan oleh persatuan penduduk.... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Pelesit

Zamri berbaring di atas katil sambil jarinya mengutil telefon bimbit. Sedari tadi selesai solat dia berada di situ merehatkan diri. Menyelusuri laman media sosial bagaikan sudah menjadi tanggungjawab dia setiap malam. Namun ketenangan minda mula terganggu apabila isterinya datang ke sisi. "Bang," Amirah perlahan memanggil suaminya. "Emm," Zamri acuh tak acuh menjawab sambil matanya tetap... Continue Reading →

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑