Selamat Tinggal Ampang Park.

Mungkin tulisan ini agak terlalu awal untuk bercerita tentang Ampang Park. Mungkin juga lebih sesuai dipaparkan selepas keruntuhan Ampang Park. Mungkin tidak akan pernah relevan sampai bila bila. Tulisan ini memang mungkin tidak akan memberi sebarang impak terhadap apa apa jua keputusan yang telah termeterai. Apatah lagi mahu memungkinkan sebarang harapan buat sebuah bangunan bernama... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Pelesit

Zamri berbaring di atas katil sambil jarinya mengutil telefon bimbit. Sedari tadi selesai solat dia berada di situ merehatkan diri. Menyelusuri laman media sosial bagaikan sudah menjadi tanggungjawab dia setiap malam. Namun ketenangan minda mula terganggu apabila isterinya datang ke sisi. "Bang," Amirah perlahan memanggil suaminya. "Emm," Zamri acuh tak acuh menjawab sambil matanya tetap... Continue Reading →

Pemuda Yang Memuntahkan Kapal Terbang.

100 tahun telah berlalu sejak makhluk asing berkulit putih dan berambut emas meninggalkan bumi. Namun sejak itu, keamanan yang dikecapi sekarang tidak seindah mimpi. Di mana-mana kesan penjajahan dulu berparut di bumi masing-masing. Ya, makhluk asing tersebut telah pergi. Namun mereka meninggalkan ideologi mereka di benak semua pemimpin bumi. Manusia tidak lagi mampu berdikari. Setiap... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Telefon

Oleh Muhd Iqbal Bekerja syif malam memang menjerihkan. Lagi-lagi jika malam pertama. Mengantuknya memang lain macam. Sudah fitrah Tuhan jadikan malam itu untuk tidur, melawan fitrah itu memerlukan ketahanan yang kuat. Malam ini sudah malam yang ketiga buat Razman. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sudah 3 tahun bekerja di kilang ini, semua kepahayan diharungi... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Jalan Pintas

Sudah lima tahun Wan menjadi pemandu yang menghantar pekerja-pekerja kilang pergi dan balik kerja. Pekerjaan ini pun dilakukan setelah dia kemalangan sewaktu menjadi kelindan lori. Sejak dari itu, akibat kecederaan yang dialami, dia berhenti kerja. Sejak itulah dia menjadi pemandu van kilang. Pekerjaan ini pun sudah lebih dari cukup pendapatannya buat suami isteri. Setiap hari... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Kelibat

Oleh Muhd Iqbal Malam sudah lama menjengah, warga kota sudah lama berada di rumah masing-masing meninggalkan kotaraya sendirian. Jalan-jalan yang tadi bersesakan kini lenggang dengan hanya hadir beberapa kenderaan memecah kesunyian malam. Omar memerhatikan jam tangannya, sudah pukul 1.27 pagi. Omar menyandar badannya ke dinding lif. Penat terasa setelah menghadap komputer seharian. Omar memerhati nombor... Continue Reading →

Alien Covenant – Pencantum antara Prometheus dan Alien.

Oleh Muhd Iqbal Sebagai peminat siri Alien (1979 - 1992), kedatangan filem Alien Covenant memang sangat ditunggu. Apatah lagi pengarahnya adalah Ridley Scott. Beliau juga adalah pengarah untuk filem Alien yang pertama pada tahun 1979. Di samping itu, kebanyakan filem arahan beliau jarang mengecewakan seperti Blade Runner, Legend, Gladiator dan lain-lain. Jangkaan pertama sebelum menonton,... Continue Reading →

Kisah Angker – Episod Penanggal

Oleh Muhd Iqbal "Tahniah, Encik Halim! Isteri selamat melahirkan bayi lelaki pukul satu pagi tadi," tegur ketua jururawat saat dia berlegar cemas di ruang legar tingkat tiga. "Alhamdulillah!" Halim mengucap syukur. "Encik Halim bolehlah ikut saya, tengok anak dan azankan," Halim sekadar mengangguk dan membontoti ketua jururawat tadi menuju ke bilik nursery untuk melihat anaknya... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑