tentang ‘gam lembu’, orang dan kertas

Oleh Al-Abror Mohd Yusuf

saya sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan anak – kalau tak silap – di hospital kpj selangor di shah alam ketika itu. mungkin lebih lima tahun lalu. sekurang2-nya lima tahun. kemungkinan besar lebih.

Untuk mengisi masa saya mencapai senaskhah majalah time. bukan edisi terbaru. edisi lalu. dan seperti biasa saya menyelak halaman2 awal yang memaparkan petikan kata2 orang tertentu.

biasanya saya hanya membaca dan melupakan petikan kata2 itu. memang begitulah walau sesedap mana ‘madah’ yang dipilih. kecuali satu.

“akhbar (atau media cetak) pada waktu ini seumpama seorang pesakit yang ditempatkan di sebuah hospis”.

malangnya saya tidak mencatat siapakah penutur kata2 itu. pada beberapa lawatan berkala selepas itu saya mencari2 naskhah berkenaan dan berharap benar dapat menemuinya. gagal.

kata2 sedap yang terabaikan. tapi kata2 orang-yang-macam-tak-penting itu kekal dalam kepala hingga sekarang.

saya mula mengenali proses pembikinan akhbar pada 1991. pertengahan tahun itu. dengan perisian pagemaker sulung dan komputer berskrin hitam serta tulisannya berwarna hijau saya merangkak2 belajar menggoreng berita.

sesekali berita sendiri tapi selalunya goreng berita orang. sebuah berita tentang durian – misalnya – boleh diolah menjadi berita tentang benih pisang yang ditanam di bawah teduhan dahan durian.

apakah tujuan menggoreng berita? supaya kita dapat menggoreng pembaca.

kalau akhbar tabloid digelar nyamuk, akhbar pertama saya mungkin baru jentik2.

saya juga belajar menyusun atur halaman. mengapa tajuk berita mesti begitu begini. mengapa heading tidak perlu huruf besar pada setiap permulaan perkataan. mengapa font yang digunakan mesti seragam (walaupun ketika itu akhbar yang saya tukangi boleh ada lima typeface berbeza pada halaman sama).

bagaimana memilih warna – dan mengapa warna itu dipilih – dan digabungkan dengan warna yang lain agar mudah menangkap mata. bagaimana asyiknya menggunakan cow gum bagi mencantumkan dua helaian kertas bersaiz A3 untuk mendapatkan saiz akhbar tabloid dan menggentel lebihan gam yang dikumpulkan secara tidak langsung semasa membersihkan helaian2 kertas itu (bukan sebab high dek menghidu yea…)

kemudian apa yang berlaku di kedai penyisihan warna. kemudian bermotosikal menuju syarikat percetakan kum printers di petaling jaya yang canggih ketika itu. atau sesekali ke art printing works yang rupa2-nya terletak betul2 di sebelah bakal pejabat saya beberapa tahun kemudian.

saya tidak bermula di syarikat besar. kalau akhbar tabloid digelar nyamuk, akhbar pertama saya mungkin baru jentik2. kami bergaji, tapi kadang tak diterima. atau diterima secara ansuran.

majikan saya seorang bekas ahli parlimen. tapi dia jadi ahli parlimen sepenggal saja. sejak tak dicalonkan dia selalu bercerita tentang pengalaman dia jadi ketua bahagian. dan angan2 menjadi ahli parlimen lagi.

dia seorang guru yang sangat baik. “baik” dalam maksud dia mengajar saya banyak benda, sama ada yang baik atau buruk.

pada waktu tengah hari, dia – atau anak atau menantu dia – akan menghulurkan sejumlah wang buat membeli lauk-pauk di gerai2 di tepi jalan di belakang pejabat.

wartawan yang juga sasterawan. dan yang lebih penting wartawan yang acah2 garang selepas kena buang.

oh ya. pejabat kami di ampang point itulah. tapi ia bukan ampang point yang kamu kenal sekarang. ia ampang point yang serba sunyi. tapak hospital ampang puteri itu rasanya masih belukar. pintu pejabat kami berselang satu atau dua kedai dengan kedai yong tau fu yang masih ada sekarang. kami antara penghuni terawal di situ. di tingkat dua.

ampangs
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat letak kepala. hah!

saya cuba mencari gambar lama suasana di situ di gugel tapi nampaknya gagal. susahnya mencari gambar itu kira2 sama macam nak jumpa komen najib mengaku dia buat salah dengan 1mdb.

suatu hari saya dan zahar pergi membeli lauk. atau mungkin makan di gerai di tepi jalan di kawasan sekarang yang menjadi kompleks beli belah ampang point.

“aku rasa satu hari nanti pak lah yang akan jadi piem,” kata dia.

pak lah bukan sesiapa pada waktu itu. orang bercakap tentang anwar, tentang mat rahmat, tentang sanusi joned, ghafar baba dan tokoh2 penting sewaktu dengannya.

pak lah tak ada dalam senarai sesiapa pun. pada 1992, ia mungkin cuma ada pada kepala kami.

er, dah panjang. hajat hati nak cerita pasal wartawan yang bersemangat, wartawan yang juga sasterawan. dan yang lebih penting wartawan yang acah2 garang selepas kena buang.

tapi nantilah. kamu tunggu tulisan saya yang akan datang. kalau saya rajin lah.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑