ayaq

Suatu masa dulu – lebih kurang 20 tahun dulu – saya berjumpa salah seorang tauke nasik kandaq yang femes di pulau pinang. nasi dengan lauk dia memang power-lah. kalau kena adunan dia, memang lazat.

dia beli dua pintu kedai dia di transfer road pada harga rm1.8 juta. bukan harga la ni, tapi harga 1990-an atau mungkin 1980-an. hangpa bayang tengok macham manna kaya dia ni.

dia pernah buka cawangan di kl, tapi tak berapa menjadi. dia punya rasa tak sampai macam yang ada di penang. jadi salah satu cara dia untuk bagi sedap sama macam penang, dia bawak ayaq dari penang untuk masak nasik sama lauk-pauk dia.

ayaq kat key el tak sama macam penang. sabit tu dia punya rasa tak samma,” kata dia. saya dah tak ingat dia punya nama.

tapi tak pasti apa jadi lepaih tu sebab kedai di kl tu pun tutup. tapi lepaih tu ada la jugak bukak kat jalan doraisamy tiga empat tahun sudah. la ni tutup jugak.

air adalah episod yang berbeza di sana.

saya pernah ke siam ikut bukit kayu hitam atau padang besar. beberapa kali. antara benda yang saya suka benar di siam ini ialah makanan.

memang di mana2 di malaya ni ada tomyam. boleh katakan apa yang ada di siam, ada di malaya. tapi rasa dan umph dia takkan sama dengan apa yang ada di siam.

saya syak sebab air jugaklah. air di siam dengan air di malaya ni tak sama. sebab itu kalau sesiapa yang pernah ke siam, biasa nampak orang jual air di mana2. ada air dalam botol/balang besar, ada yang dalam bekas kecil.

air paip adalah episod yang berbeza di sana.

mengikut keadaan itu – dengan andaian memang air di sesuatu tempat mempunyai sifat dan identiti yang berbeza2 – mencadangkan bahawa komoditi itu memang suatu benda yang boleh diniagakan. bukan setakat berniaga macam syabas yang buat duit dulu, tapi lebi daripada itu.

jual air untuk masakan tertentu misalnya.

tapi kalau susah, ada satu lagi jenis air yang senang untuk hangpa nak juai. ayaq ni memang ramai yang suka. biaq pi la macam mana pun – banyak ka, sikit ka, orang ramai suka. modai biasanya tak payah banyak.

kalau hangpa pandai mengayat, ayat hangpa boleh dapat pree! ayaq apa – hangpa pun tanya.

ayaq lioq.

la ni pun ramai dok jaja ayaq lioq masing2. sebulan dua lagi, lagi ghrammai jaja. kalau ayaq lioq tuu depa campoq dengan ayat2 quran ka, hadis ka, atau cakap arab sepatah dua pun cukup, tu dia hangpa tengok orang mai keghrumun!

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑